Sunday, January 10, 2010

Tiga lagi gereja, sekolah, surau sasaran serangan

Rakyat tak perlu bimbang insiden terpencil BUKIT BERUNTUNG: Tiga lagi gereja, satu sekolah dan sebuah surau menjadi sasaran serangan bom petrol dan batu oleh pihak tidak bertanggungjawab, semalam, tetapi keadaan keseluruhannya amat terkawal, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Hishammuddin memberi jaminan rakyat tidak perlu bimbang dengan beberapa insiden terpencil itu kerana keadaan adalah terkawal.
"Saya meminta orang ramai jangan terpengaruh dengan laporan segelintir media asing mengenai apa yang berlaku kerana kejadian sebenar tidak serius seperti digembar-gemburkan mereka. "Malah, Ketua Polis Negara sudah diarah memantau semua blog, internet dan SMS yang menyebarkan khabar angin sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat serta ambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendalanginya," katanya pada sidang media selepas menyertai Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa di sini, semalam. Dalam kejadian terbaru pagi semalam, dua gereja di Taiping iaitu Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Saints Louis di Jalan Lumba Kuda serta pos pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dilempar bom petrol tetapi tiada kebakaran berlaku.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata hanya ada kesan hitam pada dinding luar kedua-dua gereja itu akibat api kecil, tetapi tiada kerosakan. "Siasatan awal polis mendapati ada dua botol dan dua kesan hitam pada dinding Gereja All Saints, manakala satu botol pecah dan kesan hitam ditemui pada dinding luar Gereja Saints Louis," katanya. Bagaimanapun, SMK Convent akan dibuka sekolah seperti biasa hari ini. Di KUCHING, gereja God Shepard (Evangelist) di Lutong, Miri, mengalami kerosakan kecil selepas salah satu tingkap bilik air dan satu tingkap bangunan dibaling batu, dipercayai dilakukan individu 'nakal'.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh, berkata kerosakan itu hanya dikesan penjaga rumah ibadah itu jam 7.30 pagi semalam. Sementara itu, Hishammuddin mengesahkan sebuah surau di Klang, Selangor turut dibaling batu. Hishammuddin juga menegaskan Kementerian Dalam Negeri akan mengatur sesi penjelasan kepada kedutaan asing di sini dan kedutaan Malaysia di negara asing kerana ramai rakyat Malaysia di luar negara mahu mengetahui perkembangan sebenar. Beliau menyifatkan semua tujuh kes dilaporkan setakat ini adalah insiden terpencil dan tiada kaitan antara satu sama lain. Ditanya sama ada kejadian itu ada kaitan dengan pihak ketiga, beliau yakin ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan. Hishammuddin juga mengingatkan pihak yang cuba mengaitkan Umno dan kerajaan dalam isu itu supaya menghentikannya serta memikirkan sebaik-baiknya kerana mereka akan bertanggungjawab sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. "Tuduhan mengatakan Umno di belakang semua kejadian itu adalah fitnah yang amat dahsyat dan akhirnya orang akan tahu kerana kita sudah mempunyai maklumat siapa yang terbabit," katanya. Dalam pada itu, gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur yang rosak akibat kebakaran Jumaat lalu, menerima sumbangan RM100,000 dari Yayasan CIMB, semalam. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak di Wisma MCA, Jalan Ampang dekat sini, yang kini dijadikan tempat ibadat sementara penganut gereja itu. Wakil gereja itu, Robert Tan, berkata wang berkenaan akan digunakan untuk membina gereja baru di Batu Caves. Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle.





P/S : Isu penggunaan kalimah Allah tidak perlulah digembar-gemburkan oleh media,namun saya sendiri tidak menafikan bahawa kalimah Allah merupakan satu isu yang sangat sensitif...Dari pendapat peribadi saya sebagai orang islam yang masih mempunyai dan megamalkan cara hidup islam.Saya berpendapat,adalah lebih baik sekiranya kita sebagai umat islam memandang penggunaan kalimah Allah oleh majalah terbitan kristian sebagai satu langkah yang baik.Kerana Allah itu Tuhan semesta alam...Walaupun mereka mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan kita...Adalah lebih baik kita mencontohi cara mereka...Berdakwah..Kerana dapat kita tengok muda-mudi zaman sekarang sudah rendah nilai agamanya.Sepatutnya umat islam melebarkan dakwah untuk menambahkan bilangan penganut islam,bukan bertelagah sesama sendiri dan saling menyalahkan orang lain.Manakala bagi tindakan khianat iaitu melonar molotov koktel di gereja-gereja kemungkinan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan orang islam dan kristian di negara ini.Walau apapun yang saya taipkan di sini hanyalah pandangan dari sudut peribadi saya.Apapun ,umat islam perlu bersatu padu agar kita tidak menjadi seperti negara-negara islam yang hancur oleh kerana saling bertelagah sesama sendiri dan memudahkan pihak musuh untuk menyerang.Renung-renungkan sejenak.

Tuesday, November 24, 2009

Alahai Cinta Jejaka Lombok......


KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing. Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.
Sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap tenaga kerja Indonesia iaitu Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), turut membuat kajian impak disebabkan migrasi itu.
Migrant Care mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia termasuk di pulau berkenaan.Wakil organisasi itu di Malaysia, Alex Ong (gambar), berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada keluarga di negara ini yang meminta pertolongan mengesan anak gadis atau ahli keluarga mereka yang dipercayai dibawa lari ke Lombok kerana mengikut buah hati masing-masing.Katanya, pihaknya sedia membantu setakat yang termampu sekiranya ada ibu bapa atau penjaga gadis yang meminta bantuan.“Bagi menangani masalah ini, saya fikir satu kajian mendalam perlu dilakukan cerdik pandai dari kedua-dua negara serumpun ini kerana ia membabitkan pernikahan antara dua budaya.“Migrasi lelaki dari negara jiran terutama pemuda Lombok kini diibarat satu evolusi atau ‘cross cultural evolution’ yang menyebabkan percampuran budaya apabila penghijrah itu bercampur gaul dengan penduduk negara ini.“Memang benar mereka (pemuda Lombok) berhijrah ke negara ini untuk bekerja, tetapi tidak boleh dinafikan secara biologi mereka juga mempunyai naluri ingin mendampingi wanita.“Mungkin pilihan termudah yang ada bagi mereka ialah gadis naif di bawah umur. meruntun hati lebih-lebih di kPada masa sama gadis yang dipilih itu sangat bahagia apabila dilayan dengan pujuk rayu,” katanya apabila diminta mengulas kes membabitkan gadis negara ini yang lari meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih mereka ke pulau itu.Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya alangan ibu bapa gadis apabila mengetahui anak tersayang lari begitu jauh ke seberang.Tahun lalu, antara gadis yang terperangkap dalam keramat cinta pemuda Lombok dan kini bergelar isteri ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 14; Nur Liyana Abd Rahim, 19; Noor Fadilah Ahmad, 19; Sanisah Abu Bakar, 34; Nurul Wahida Hamzah, 21, dan Aishah Mokhtar, 28.Terbaru, seorang pelajar yang juga artis remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella turut cair dengan pujukan pemuda Lombok dan kini dilaporkan mengandung selepas berkahwin dengan lelaki yang membawanya ke pulau itu, Ogos lalu.Felo Penyelidikan Utama, Institut Tamadun Alam Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Mohamed, yang sempat mengadakan kajian di Lombok dipetik berkata, adat istiadat perkahwinan dalam budaya masyarakat Lombok agak pelik kerana bakal pengantin perlu dibawa lari.“Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa bagi masyarakat di pulau itu dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tindakan pemuda Lombok melarikan gadis yang mereka cintai adalah bagi menunjukkan sikap kelelakian dan keperkasaan mereka.“Bagaimanapun, gadis yang mereka larikan tidak akan `dirosakkan’. Minimum masa bakal pengantin perempuan dilarikan ialah tiga hari. Selepas itu, pemuda berkenaan perlu menghantar rombongan meminang pengantin perempuan,” katanya dalam satu laporan.Bagaimanapun, Pemangku Duta Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin, berkata jumlah wanita Malaysia yang dikesan di Lombok tidaklah seramai statistik didakwa Migrant Care itu.Enggan mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, pihak kedutaan memang ada menerima beberapa laporan kes wanita Malaysia berkahwin dan menetap di Lombok.



Sumber : My Metro 25 November 2009
Oleh Amir Abd Hamidamir@hmetro.com.my



Aku heran betul dengan remaja perempuan zaman sekarang yang mudah sangat termakan pujuk rayu lelaki Lombok tu...Bagi pendapat peribadi aku...Yang turut menyumbang dalam masalah ini adalah asuhan ibu bapa itu sendiri .Teringat lagi aku masa kecik2 dulu..mak aku selalu jer pesan..Jgn bercakap dengan lelaki tak dikenali..Jangan pandang mata lelaki yang tak dikenali...jangan layan kalau dia cakap nak bagi gula2..Klau ade orang yang tak dikenali ajak naik motor,kereta atau ajak ikut diorg mak aku pesan jangan ikut..Kecuali orang tu sedara terdekat aku...Masa kecik2 dulu aku tinggal dalam Kuarters yang turut menempatkan lelaki2 muda..Iaitu pusat pemulihan ketagihan dadah..Masa petang2,time bebudak lain main kat padang...Bapak aku tak kasi aku main kt padang...Aku dan adik-beradik yang lain disuruh menyangkul..Bercucuk tanam..Kalau diberi kebenaran bermain pun hanya sekejap ajer....Masa dah remaja pun..Bapak aku mesti akan siasat..Dengan siapa aku kawan..Lelaki ker..Perempuan pun..Kalau ade kawan2 perempuan yang dari jenis gedik...Confirm tak bagi aku bergaul dengan dorg....So...dapat mengelakkan kami adik-beradik dari terjebak dengan cinta terlarang...Baru2 ni adela 3-4Orang mamat indon berkampung kt rumah sebelah dengan rumah aku..Tiap kali aku balik jer dari kerja...Dorg pun apelagi...terus jer terpa keluar...nk menggatal ler namanya tu....So aku cpt2 masuk dalam rumah n tutup pintu..Lagi satu,masa mlm tu tido bacalah doa..Yelah dorgni biasa datang cni dengan ilmu2 yang pelik2...So agama pun kene tau la gk kn....So dpt elakkan diri dari org2 yg berniat tak baik.....Lagi satu..Remaja ni mudah terjebak sebabmasa umur ni baru blajar nk kenal cinta...Sumer aku tgok cantik2 belaka yang gi ikut jejaka lombok tu bt aper?Sajer nk punahkan masa depan...Last2 nnt kerajaan pulak nk bersusah payah ngabihkan duit untuk bawak balik dorg kalo menderita kt sana...Hah ..masa tu barula tau..langit tu tinggi atau rendah...Renung2kanlah yer....

Wednesday, November 18, 2009

BN sedia tanding DUN Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) sedia bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan akur dan menghormati sebarang keputusan mahkamah serta menghadapinya mengikut peraturan.

"Jika kita boleh merayu, kita rayu. Apa saja mahkamah putuskan, kita akan terima," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Sementara itu, di ROME, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong dan kemungkinan diadakan pilihan raya kecil perlu dijadikan iktibar oleh semua wakil rakyat BN.

Timbalan Perdana Menteri yang kecewa dengan sikap sesetengah wakil rakyat BN, juga mengingatkan mereka mengenai tugas dan tanggungjawab wakil rakyat bahawa kehadiran tidak memadai jika hanya untuk memenuhi korum, sebaliknya perlu membawa masalah rakyat untuk dibincangkan dan diselesaikan.

Beliau yang juga Ketua Whip Dewan Rakyat berkata, wakil rakyat perlu menghapuskan sikap negatif seperti malas menghadiri persidangan dewan, sebaliknya memainkan peranan yang berkesan untuk kepentingan rakyat dan pengundi.

"Saya kecewa (ketidakhadiran wakil rakyat ke persidangan dewan) kerana alam situasi genting sekarang kita perlukan semua wakil rakyat Parlimen mahupun DUN menghadiri persidangan dewan.

"Itu tanggungjawab penting wakil rakyat... melaksanakannya sepenuh hati dan tidak boleh abaikan atau tidak beri perhatian," katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Keselamatan dan Jaminan Makanan Dunia 2009 di sini, semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong, sekali gus memerlukan pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan itu.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan kerusi itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sarif, daripada BN tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana Adun tidak menghadiri sidang DUN tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, kerusi diwakilinya akan menjadi kosong.




Sumber : Berita Harian 18 November 2009





Jika diadakan pilihanraya kecil di DUN Siputeh diharap BN meletakkan calon yang benar-benar boleh membuat kerja .Calon yang dipilih kali ini sebaiknya yang benar-benar ikhlas untuk membela rakyat sekaligus mengharumkan nama BN .
Diharap sekiranya calon yang dipilih BN untuk bertanding kali ini biarlah benar-benar sihat supaya masalah-masalah seperti ini tidak timbul .Untuk lebih meyakinkan ,kali ini biarkan calon yang ingin bertanding dalam pilihanraya diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Sunday, November 15, 2009

FAHAMAN WAHABI

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.
Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:



Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah


Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)


Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias


Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)


Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w


Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik


Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya


Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain


Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya


Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh


Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah


Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w


Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja


Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang


Amalan tariqah dilarang sama sekali


Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.



( Sumber : Harian Metro 15 November 2009 )





Sebenarnya saya ni bukan lah begitu pakar dalam ajaran islam...Namun pada pendapat saya adalah lebih baik sekiranya ajaran @ fahaman islam di negara ini hanya mengamalkan hanya satu sahaja fahaman iaitu ajaran mazhab assyafie yang kita amalkan sekarang agar tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat di negara kita berkenaan ajaran islam .Tidak perlulah kita mengamalkan terlalu banyak fahaman islam yang akhirnya boleh menimbulkan percanggahan pendapat dan seterusnya mencetuskan pergaduhan seperti yang berlaku di negara islam yang lain...Contohnya seperti yang berlaku di Iraq dan juga Iran .Mereka mengamalkan bayak mazhab di dalam sebuah negara yang akhirnya mereka berperang sesama sendiri .Sudah sekian lama Malaysia aman dan damai dengan amalan Mazhab Syafiee...Sepatutnya kita bersyukur dan teruskan dengan amalan yang sedia ada.Isu ini janganlah diambil peluang oleh pihak-pihak tertentu untuk dipolitikkan sekaligus mengganggu-gugat keamanan negara sedia ada.

DOA ORANG BERDOSA DITOLAK ALLAH

SEBAGAI manusia ada saja perkara yang diperlukan, tetapi setiap yang diperlukan itu tidak mungkin boleh didapati dengan mudah. Pada saat dan ketika itulah manusia akan berharap dan mula mengadu nasib.

Bagi mereka yang mengakui dirinya makhluk (yang dicipta) pasti mengadu pada Penciptanya iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

Mereka yang beriman tidak jemu berharap dan berdoa walaupun permintaannya belum berhasil. Doa bagi golongan ini adalah senjata dalam menghadapi sebarang situasi, membuatkan mereka tidak pernah putus harapan.

Sementara golongan yang lemah iman akan patah semangat untuk berdoa. Dalam benaknya, kenapa Allah tidak memakbulkan doanya?

Di sinilah kita harus menilai diri sendiri. Siapa kita sebenarnya? Adakah kita ini termasuk orang yang bersih jiwa? Adakah kita mematuhi perintah Allah atau sebaliknya, sedangkan doa akan dimakbulkan (diterima) daripada hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Andai kita bekerja di sebuah perusahaan, tetapi kita seorang pemalas, ingkar dan banyak melanggar peraturan di perusahaan itu, apakah ketua perusahaan itu akan menunaikan dengan mudah permintaan kita, seperti kenaikan gaji?

Sebagai ketua tentulah dia akan memberi dengan mudah jika pekerjanya itu seorang yang disayanginya, taat peraturan kerja dan rajin.

Demikian juga kita mengandaikan Allah dan hamba-Nya. Jika manusia itu seorang yang taat segala perintah, malah dalam masa yang sama menjauhi larangan-Nya dan rajin beribadat, insya-Allah mudahlah Allah memakbulkan segala doanya.

Jika kita melakukan banyak dosa, akan terhijablah (terdinding) doa kita. Dengan perkataan lain, sia-sia kita berdoa.

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah s.w.t. iaitu:



Dosa kerana mengingkari pemimpin.

Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah pemimpin yang adil kepada orang bawahannya, soleh lagi berjiwa tauhid, bukan pemimpin yang fasiq dan berbuat mungkar kepada Allah s.w.t. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.


Dosa kerana tidak taat guru.

Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.


Dosa kerana menderhaka dengan ibu bapa.

Ibu bapa berkorban untuk menjadikan kita insan yang berguna di dunia dan akhirat. Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka, sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, Allah pasti murka pada kita.

Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.


Dosa kerana derhaka kepada suami.

Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suaminya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.


Dosa kerana menganiaya atau menzalimi orang.

Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah itu.

Saturday, November 14, 2009

Sekolah satu aliran....

ISU pelaksanaan dasar sekolah satu aliran di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia ditimbulkan dari semasa ke semasa. Terbaru, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Khay Kim melontarkan cadangan supaya kerajaan menyusun semula sistem pendidikan dengan melaksanakan sekolah satu aliran selaras dengan gagasan 1Malaysia.
Cadangan dan saranan itu bukan kali pertama dibuat Profesor Khoo, tetapi setiap kali beliau mengemukakan cadangan itu, bantahan pelbagai pihak kedengaran. Tidak kurang juga yang menyokong pelaksanaan dasar sekolah satu aliran itu. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan dasar sekolah satu aliran hanya akan dilaksanakan apabila rakyat mahu dan bersedia menerimanya sesuai dengan semangat 1Malaysia.Kalau dilihat, ia sememangnya bukan isu baru kerana ia sudah lama di perkatakan. Dengan kekerapan isu ini ditimbulkan, adakah sistem pendidikan di negara kita ini benar-benar bersedia untuk melaksanakan sekolah satu aliran?Apakah sebenarnya kaedah atau langkah terbaik yang perlu diambil bagi merealisasikan sekolah satu aliran? Wajarkah ia dilaksanakan?Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Dr Zakaria Kasa, berkata sekolah satu aliran adalah langkah terbaik terutama untuk negara yang pelbagai kaum seperti Malaysia.Bagaimanapun, katanya, untuk melaksanakannya, ia perlu mengambil kira banyak perkara terutama persamaan dan perbezaan kaum."Dalam pelaksanaan sekolah satu aliran, kita perlu melihat dan mengambil kira pelbagai perkara yang diinginkan setiap bangsa terutama pendidikan."Ini kerana kalau dilihat senario masyarakat berbilang kaum di negara kita ini, kebanyakan ibu bapa dari kaum Cina dan India lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan berbanding sekolah kebangsaan."Mereka lebih cenderung memilih sekolah jenis kebangsaan adalah kerana mahu anak-anak mereka bukan saja mendapat ilmu dalam pelajaran, tetapi juga mampu mendalami kebudayaan serta mengenali asal-usul mereka dengan lebih dekat."Dan apabila memasuki sekolah menengah, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan yang mana terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.Menurutnya, cadangan melaksanakan sekolah satu aliran tetap ditolak oleh sesetengah pihak bukan kerana tidak mahu, tetapi setiap kaum perlu memahami erti budaya Malaysia itu terlebih dahulu."Malaysia dikenali sebagai negara pelbagai kaum yang tinggal harmoni dan sentiasa hormat menghormati dalam apa juga keadaan terutama budaya."Jadi, untuk mengubah sesuatu dasar yang sudah lama diguna pakai, ia mengambil masa dan juga memerlukan penelitian kerana semua aspek perlu diambil kira."Jangan diganggu budaya Malaysia iaitu kepelbagaian bangsa dan agama semata-mata untuk mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan memberikan banyak kesan kepada masyarakat kita," katanya.Kata Dr Zakaria lagi, beliau tidak mahu hanya kerana pelaksanaan sekolah satu aliran itu saja akan menyebabkan keharmonian negara kita tergugat seperti mana yang terjadi di negara lain.Mengulas mengenai kemampuan sebenar sekolah satu aliran dilaksanakan di negara ini, katanya, persamaan dan perbezaan dalam satu budaya perlu dititikberatkan."Ini kerana walaupun masyarakat kita boleh hidup dibawa satu rumpun, ada sesetengah perkara yang berbeza terutama kebudayaan yang sukar untuk diguna pakai semua kaum," katanya.Dalam hal ini, kita bukan saja perlu mengetengahkan sekolah satu aliran, tetapi juga persekolahan satu sesi sudah lama menunggu keputusan untuk dilaksanakan."Jika benar sekolah satu aliran ini mahu dilaksanakan, sesi persekolahan perlu dijalankan satu sesi dan bukannya dua sesi seperti mana sekarang."Kalau sesi persekolahan di negara ini dilaksanakan satu sesi iaitu dari jam 7.45 pagi hingga 4.00 petang, pastinya sekolah satu aliran dapat di laksanakan dengan sempurna," katanya.Pelaksanaan itu dapat dilakukan andai dua sesi persekolahan yang diguna pakai ditukar kepada satu sesi kerana masa murid di sekolah lebih panjang dan banyak perkara yang mereka boleh pelajari."Berbanding di negara jiran, sesi persekolahan hanya dijalankan satu sesi dan menggunakan satu aliran iaitu mengikut majoriti kaum mereka. "Bagaimanapun, kita tidak boleh melaksanakan sekolah satu aliran dengan mengikut majoriti kaum seperti mereka kerana kita perlu menghormati perbezaan yang ada pada setiap kaum."Tetapi apa yang boleh kita ikuti adalah dengan pelaksanaan satu sesi pembelajaran," katanya.Justeru itu, bagi Dr Zakaria, pelaksanaan sekolah satu aliran itu sudah boleh dilaksanakan di Malaysia andai semua persamaan dan perbezaan setiap kaum diteliti dan sesi persekolahan dilaksanakan dengan hanya satu sesi.Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Datuk Profesor Madya Mohd Ali Hassan berkata, sudah sampai masanya sekolah satu aliran itu dilaksanakan dan bukannya bertangguh lebih lama.Ini kerana, katanya, pelaksanaan sekolah satu aliran ini sebenarnya boleh meningkat perpaduan kaum selain ia selaras dengan gagasan 1Malaysia.Selain itu, pelaksanaan itu juga berupaya menyatukan bangsa dengan memantapkan bahasa Melayu sekali gus memperkasakan bahasa Inggeris."Dari dulu lagi sekolah satu aliran ini sepatutnya dilaksanakan kerana ia sebenarnya berupaya menyatu padukan kaum di samping mempelbagaikan penguasaan bahasa dikalangan masyarakat."Bagaimanapun, untuk melaksanakan dengan sempurna dan berkesan, sekolah kebangsaan sedia ada perlu diperkasa dan ditingkatkan," katanya.Menurutnya, dengan memperkasa sekolah kebangsaan yang sedia ada ini, ia akan menjadi pilihan utama masyarakat berbilang kaum untuk menghantar anak mereka menimba ilmu."Apabila sekolah kebangsaan diperkasakan, ibu bapa tidak lagi perlu menghantar anak mereka ke sekolah lain. "Dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Tamil dan juga Mandarin di dalam kokurikulum sekolah dan membuka peluang kepada pelajar lain mengikutinya menguatkan lagi daya tarikan sekolah kebangsaan."Ini bermakna Bahasa Tamil dan Mandarin bukan saja dipelajari oleh orang India dan Cina saja, tetapi semua bangsa boleh mempelajari bahasa itu dalam satu kelas," katanya.Kata Mohd Ali lagi, apabila sekolah kebangsaan diperkasakan, tenaga pengajarnya juga akan terdiri daripada pelbagai bangsa dan ia akan membantu dalam banyak perkara terutama dalam pembelajaran."Segala kemudahan dan prasarana juga akan ditingkatkan dalam langkah memperkasa sekolah kebangsaan dan ini sedikit sebanyak meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan, sekali gus menjadi pilihan utama dalam menimba ilmu," katanya.






Sumber : Harian Metro 15 November 2009

Punah angkara adik

KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya.Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.
“Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.“Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.“Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya.Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.“Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.“Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya,” katanya.Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.“Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku,” katanya.Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.“Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.“Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah,” katanya.Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.“Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.“Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi ‘lebih tahu’ mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya,” katanya.Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa ‘menyembunyikannya’ di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.“Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.“Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain,” katanya.Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: “Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain... dia adik saya.“Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh,” katanya.




15 November 2009
Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRANmizan@hmetro.com.my




Herm...budak-budak zaman sekarang ni pun dah pandai buat benda2 mcm ni..kesian si kakak tu yang menjadi mangsa....Semoga kes ini menjadi iktibar kepada kerajaan supaya media elektronik,media cetak dan internet dipantau penjualannya supaya kes-kes rogol dan seks bebas...Aku tengok vcd dan dvd lucah dijual dengan selambernye kat pasar-pasar malam...Bukan salah ibu mengandung...Zaman sekarang ni ..ibu bapa cuba check telefon bimbit anak-anak tu...Diorang kadang-kadang upload video lucah simpan dalam telefon bimbit sendiri...Hah ...kalau dah selalu tengok video lucah tu mula lah nak cuba buat sendiri macam ape yang diorang dah tengok tu......
Aku harap sangat-sangatlah pihak yang berwajib...tolonglah...amik tindakan segera...atasi masalah ini....demi masa depan negara kita..Saper-saper yang ade anak perempuan sure tak lena tido pada zaman ni...bukan apa..nk tinggal kat rumah takut anak-anak lelaki..nk lepas ke sekolah takut seks bebas...Bukan salah pendidikan seks di sekolah..Tapi...kekanglah kebebasan penyebaran video lucah yang boleh didapati dengan mudah di negara ini....Aku kadang-kadang hairan ...apelah faedahnya mak bapak ni belikan anak-anak yang masih di bangku sekolah telefon bimbit yang canggih...Beli yang biasa sudahla...yang kaler hitam putih tu...kan nk guna untuk telefon dan sms jer....Inikah harga yang kita perlu bayar untuk teknologi yang kita nikmati masa kini....Aperpun pendidikan agama perlu juga diterapkan..tanpa nilai agama...kekuatan diri nak melawan nafsu tu jadi tipis..mudahlah syaitan nak menghasut....Semoga Allah pelihara bangsa Malaysia dari bencana ini...Amin....

Kanak-kanak dihanyut arus ditemui mati

PADANG BESAR: Kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas dihanyut arus deras ketika bermain air di Sungai Santan, petang kelmarin, ditemui mati pagi semalam selepas hampir 15 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan. Mayat mangsa, Wan Nor Diana Wan Selamat yang menunggu keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ditemui jam 9.30 pagi dalam keadaan terapung di kawasan Padang Jejawi, dekat sini, kira-kira 10 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang, petang kelmarin. Difahamkan, mayat mangsa ditemui Bilal Masjid Santan, Ku Seman Ku Ibrahim, ketika memukat ikan di sungai terbabit dan dimaklumkan kepada penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, ketika dihubungi semalam, mengesahkan penemuan mayat mangsa itu. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan penduduk kampung. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi tujuan pengebumian,” katanya. Dalam kejadian kelmarin, Wan Nor Diana dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras, sebaik tergelincir ke dalam Sungai Santan.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan menemani tiga rakannya yang lain bermain air di sungai terbabit yang terletak kira-kira 1.5 km dari rumahnya pada jam 5.30 petang. Sehubungan itu, gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa segera dijalankan dengan bantuan Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bagaimanapun, mangsa gagal dikesan. Sementara itu, bapa mangsa, Wan Selamat Wan Ibrahim, 43, berkata dia langsung tidak menyangka anaknya itu menuju ke sungai, kerana dia dimaklumkan Wan Nor Diana keluar bersama rakan untuk bermain. “Dia tidak pandai berenang, Justeru, saya percaya dia tidak akan berani untuk bermain di sungai terbabit.
“Apa pun, takdir sudah menetapkan ajal anak perempuan saya di sungai berkenaan dan saya reda," katanya ketika ditemui di bilik mayat HTF semalam. Hadiah sama menziarahi mangsa di bilik mayat, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Sabry Ahmad dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Azali Abas.

Sunday, November 8, 2009

Persenda Islam boleh jejas keharmonian

TINDAKAN sekumpulan pelajar sekolah menengah di Betong, Sarawak baru-baru ini merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan dalam sebuah gereja, boleh menimbulkan kekeliruan dan masalah di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sebagai rakyat yang mentaati undang-undang, seseorang itu hendaklah menghormati sentimen dan agama orang lain. Timbul soal apakah sekolah yang menjadi pusat pendidikan pelajar berkenaan gagal menyemai sikap toleransi dan saling hormat antara satu sama lain atau adakah ibu bapa pelajar tidak mendidik anak mereka ke arah itu?
Akibat tindakan itu, umat Islam diseru bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan di luar undang-undang. Sebenarnya memang kebiasaannya umat Islam bertenang di dalam perkara begini. Namun hakikatnya umat Islam menagih supaya tindakan yang adil diambil terhadap orang yang mencabuli kesucian agama Islam. Siasatan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) mungkin tidak dapat mencapai matlamatnya kerana pelaku kesalahan itu, orang bukan Islam. Jais hanya boleh menyiasat terhadap orang Islam dan mendakwa mereka di Mahkamah Syariah yang hanya ada dalam bidang kuasa kes jenayah terhadap orang yang menganut Islam. Dalam hal ini, siasatan Jais hanya menjadi persoalan akademik dan tinggal sebagai siasatan saja. Sebenarnya pihak polis yang perlu mengadakan siasatan dan menyiasat kes berkenaan. Sekiranya benar, ada kesalahan dilakukan, maka mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang tidak mengasingkan orang Islam dan orang bukan Islam.
Kesalahan yang dilakukan itu adalah amat serius dan mengguris hati umat Islam. Selama ini umat Islam amat berhati-hati dan tidak mendokong sebarang usaha menghina agama selain Islam. Malah, dalam banyak keadaan, umat Islam sendiri menyokong mana-mana orang Islam yang menghina agama bukan Islam agar disiasat dan dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka. Pihak berkuasa juga didapati amat cekap apabila kesalahan berkenaan dilakukan orang Islam tetapi sebaliknya terlalu banyak birokrasi jika dilakukan orang bukan Islam. Ini terbukti misalnya di dalam kes perarakan kepala lembu baru-baru ini, bukanlah saya menyokong perarakan itu tetapi hanya menzahirkan contoh perbezaan darjah tindakan yang diambil pihak berkuasa. Oleh yang demikian, saya menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera di dalam kes menghina agama Islam itu. Perkara sebegini amat tidak wajar berlaku di mana-mana bahagian negara ini. Yang lebih menyedihkan ialah Sarawak adalah salah satu daripada empat negeri di Malaysia yang masih belum meluluskan undang-undang kawalan penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Negeri lain yang masih belum meluluskan undang-undang itu ialah Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan.
Walaupun undang-undang ini tidak dapat membendung penghinaan terhadap agama Islam seperti diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan, dengan wujudnya undang-undang itu ia akan dapat memberi panduan kepada orang bukan Islam agar tidak mencemarkan kesucian agama Islam atau cuba mendakyah orang Islam. Ia sesuai dengan kedudukan agama Islam sebagai 'Agama Persekutuan' seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berjanji beberapa tahun lalu bahawa keempat-empat negeri itu akan menggubal undang-undang kawalan berkenaan tetapi sehingga kini walaupun bertukar pucuk pimpinan, undang-undang itu masih lagi menjadi impian umat Islam di negeri berkenaan. Berbalik kepada penghinaan yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar di Betong itu, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka melakukan kesalahan terbabit. Sekiranya tindakan gagal diambil seolah-olah ia akan menjadi manifestasi diskriminasi terhadap orang Islam. Perkara sedemikian juga sebenarnya menunjukkan kegagalan sistem pendidikan kita menyemai sifat saling menghormati antara satu sama lain. Mungkin prasarana pendidikan kita yang mengasingkan pelajar mengikut bangsa dan agama menjadikan timbul persepsi negatif antara satu sama lain. Walaupun disuarakan pembentukan sekolah satu aliran, ia masih sukar dilaksa-nakan kerana sebahagian kita masih lagi melihat sekolah aliran jenis kebangsaan itu dalam konteks mikro saja. Mereka tidak melihatnya daripada aspek lebih besar iaitu keperluan menyemai fikrah yang sama dan saling bekerjasama dan mengenali antara satu sama lain. Natijahnya, rakyat Malaysia daripada bangsa tertentu akan mempunyai keraguan terhadap rakannya daripada kalangan bangsa yang lain walaupun selalunya keraguan itu tidak dizahirkan. Tetap jauh di lubuk hati mereka terpahat sikap gusar dan tidak mempercayai antara satu sama lain. Sekali lagi saya meminta supaya tindakan tegas diambil terhadap sesiapa saja yang mencemar hubungan baik antara agama dan memperlekehkan mana-mana agama. Seharusnya keharmonian dan keamanan yang kita sudah kecapi ini dipertahankan bukan dirobek serta diperkotak-katik. Penulis ialah peguam bela, peguam cara dan peguam syarie dan boleh dihubungi melalui e-mel zainul.rijal@abubakar.my



Sumber : Berita Harian 9 Nov 2009

Utara: Tamak punca ditipu skim pelaburan internet

ALOR SETAR: Keinginan menjadi kaya cepat mendorong ramai pengguna membuat pelaburan mencecah ratusan ribu ringgit melalui pelaburan di internet sebelum mereka ditipu skim cepat kaya berkenaan. Penyangak skim itu menggunakan kelemahan manusia yang bersikap materialistik sebagai senjata untuk menipu wang hasil titik peluh pengguna yang menaruh harapan tinggi untuk menjadi kaya. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kedah, Mohd Salleh Ma'amor, berkata sehingga 28 Oktober lalu, 472 aduan penyelewengan skim cepat kaya dan gores dan menang di terima KPDNKK di seluruh negara.
Beliau berkata, walaupun kerajaan sudah mengharamkan kegiatan itu, masih ramai pengguna termasuk golongan profesional terpengaruh dengan kegiatan licik skim itu. Katanya, sindiket itu juga akan menggunakan pelbagai cara untuk menipu pengguna termasuk suri rumah yang sentiasa terdedah kepada kegiatan itu. "Pengguna perlu memainkan peranan dan sentiasa berwaspada dengan kegiatan licik ini. Aduan segera perlu dibuat kepada pihak KPDNKK sekiranya mereka didatangi oleh ejen berkenaan.
"Kita memantau kegiatan ini dan tindakan penguatkuasaan dijalankan untuk membendungnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Memperkasakan Pengguna Secara kerjasama Pintar bersama Lembaga kebajikan Perempuan Islam Negeri Kedah (LKPI), di sini. Hadir sama, Pengerusi LPKI Kedah, Datuk Daharah Ismail. Seminar sehari itu bertujuan mendedahkan ilmu kepenggunaan dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan masyarakat terutama kaum wanita selain menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini terutama pertubuhan wanita.
Mohd Salleh berkata, sepanjang tahun ini, KPDNKK sudah melaksanakan sebanyak 15 program di seluruh negara bersama NGO bagi mewujudkan masyarakat pengguna bijak dan mengamalkan perlindungan kendiri serta tahu hak dan tanggung jawab sebagai pengguna. Beliau berkata, melalui kempen kuasa pengguna '1 Pengguna, 1 Suara' pengguna mempunyai kuasa membuat keputusan dan menentukan corak penggunaan sesuatu barangan dan perkhidmatan. Katanya, sebagai agensi yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal kepenggunaan, pihaknya akan terus menyediakan pelbagai program pendidikan dengan bantuan NGO pengguna yang menjadi barisan hadapan kepada pengguna.




Sumber Berita Harian 9 November 2009



Bagi aku...mereka-mereka yang tertipu dengan skim cepat kaya di internet ni bukan bermakna mereka ni tamak..tetapi terpaksa,ekoran krisis ekonomi sekarang...keadaan ekonomi yang meruncing menyebabkan ramai mencari inisiatif tambahan untuk menambah pendapatan...Sekaligus terlalu berani mengambil risiko...Kita tidak sepatutnya menyalahkan mangsa penipuan ini semata-mata .seharusnya pihak yang terlibat dengan menipu orang ramai ini dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa kerana negara ini mempunyai undang-undang.Jika dibiarkan,lebih ramai orang yang akan terpedaya dengan skim-skim yang ditawarkan di internet .Pihak yang bertanggungjawab...Apa tunggu lagi?bertindaklah sekarang...

Tarik balik peraturan untuk ringan beban rakyat: Mustapa

JELI: Langkah kerajaan menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menggunakan kenderaan lama, sekali gus tidak bercanggah dengan peraturan jalan raya yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keputusan itu dibuat kerana mengambil kira kepentingan rakyat, khasnya golongan yang perlu diberi pembelaan. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana alam peringkat jajahan Jeli di Kompleks Umno Bahagian di Bukit Nangka, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau juga merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Bumi Hijau kepada penternak ikan keli di kawasan Parlimen Jeli. Pada 28 Oktober, kementerian itu mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. - Bernama

Sumber : Berita Harian , 9 November 2009



Alhamdulillah...syukur kerajaan menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan dan ini bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menggunakan kenderaan lama . Ini bukti yang benar-benar kukuh bahawa slogan " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar perkataan.Kerajaan amat prihatin masalah rakyat kerana kebanyakkan orang yang menggunakan kenderaan lama ini terdiri dari kalangan individu yang tidak berkemampuan .Lagipun kebanyakkan kemalangan jalanraya dewasa ini jarang melibatkan kenderaan lama.Lama atau baru sesuatu kenderaan bukan menjadi faktor utama kemalangan berlaku sebaliknya sikap pengguna jalanraya sendiri yang menentukan tahap keselamatan pengguna jalanraya itu sendiri .

Aku harap janganlah kita asyik menyalahkan kerajaan dalam semua keadaan .Bukan senang untuk menjaga hati semua pihak .

'Hukuman kes dera lebih berat'


Shahrizat mahu syor pinda akta kepada Peguam Negara PUCHONG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia mendesak Peguam Negara supaya mengambil tindakan lebih tegas berhubung masalah penderaan kanak-kanak yang boleh menjejaskan imej Malaysia jika dibiarkan berterusan. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata tindakan lebih berat perlu dikenakan jika penderaan dilakukan ibu bapa sehingga membawa kecederaan parah dan kematian mangsa. "Kita pandang serius kes penderaan kanak-kanak kerana ia boleh menjejaskan imej dan nilai kita sebagai negara Islam. Mereka yang melakukan jenayah termasuk penderaan kanak-kanak perlu kena tindakan tegas.
"Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak teragak-agak menggesa Peguam Negara supaya mengambil tindakan segera berhubung laporan yang dibuat kerana tidak mahu masalah ini, termasuk yang dilakukan ibu bapa sendiri menjadi budaya di negara ini dan bahan bualan negara lain," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Taman Putra Perdana, di sini semalam. Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Ketua Pengarah JKM, Datuk Meme Zainal Rashid. Shahrizat berkata, saban tahun kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan semakin meningkat, seolah-olah perbuatan itu perkara biasa dan menjadi ikutan ramai.
"Pada 2007, sebanyak 2,279 kes penderaan dilaporkan dan meningkat kepada 2,780 pada 2008, manakala penderaan oleh ibu bapa dan penjaga meningkat, 992 kes pada 2007 kepada 1,266 pada 2008. "Ini menunjukkan penderaan kanak-kanak amat membimbangkan, sekali gus perlu tindakan tegas dan hukuman setimpal," katanya. Katanya, kementerian mahu kes dera kanak-kanak dibanteras sehingga paras sifar bersesuaian tema Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini, 'Keluarga Selamat Kanak-kanak Terpelihara'
.
Sumber : Berita Minggu , Ahad 8 November 09
Aku setuju sangat dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil ...Negara kita harus kenakan hukuman lebih tegas terhadap mereka yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak .Penderaan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang sangat zalim . Akhir-akhir ini ,selalu jer kita disajikan berita tentang penderaan kanak-kanak .Selain itu ,diharap kerajaan bukan sahaja mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan jenayah penderaan...Tindakan tegas juga harus dikenakan kepada individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi.Isu ini dilihat semakin serius...Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap individu yang melakukan jenayah membuang bayi terutama yang mengakibatkan kematian...Jika kerajaan sekadar mengenakan hukuman penjara , keadaan tersebut boleh menjejaskan ekonomi negara kerana kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memberi makan kepada mereka sewaktu menjalani hukuman penjara.Jika dibiarkan hidup pun ,ngabihkan boreh jer...

Wednesday, November 4, 2009

Pemberian Wang Ihsan Bukti Kerajaan Prihatin...

Datuk Seri Najib Razak amat komited dalam merealisasikan "Satu malaysia , Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan ".Beliau turut tidak meminggirkan rakyat negeri Kelantan meskipun ditadbir oleh pebangkang .

Kelantan dapat wang ihsan tahun depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, pengagihan wang ihsan akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan secara telus selepas berunding dengan kerajaan negeri. "Pembayaran wang ihsan itu diberi selepas Kerajaan Pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara," katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian), Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) dan Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai) berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu. Najib berkata, Pusat meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh Kelantan daripada pelbagai sudut, termasuk perundangan berkaitan kuasa kerajaan dan pengurusan hasil petroleum negara. Katanya, dari segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti jika sumber petroleum dihasilkan dari pengairan negeri.
"Dalam hal ini, pengairan negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri itu. "Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dalam kawasan pengairan Kelantan dan Terengganu," katanya. Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan pertimbangan yang adil dan saksama diberikan kepada semua negeri agar tiada lapisan rakyat terpinggir dalam menikmati manfaat pembangunan negara, Kelantan turut diberi wang ihsan. Perdana Menteri berkata, berdasarkan maklumat Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, dikenali Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ia terletak di luar perairan Kelantan.
Penjelasan Najib itu bagaimanapun dipersoalkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang tetap mahu kerajaan Pusat membayar royalti minyak. Salahuddin berkata, rakyat Kelantan bukan peminta sedekah dengan memohon wang ihsan, tapi mahu hak mereka, iaitu royalti minyak. Ketika Najib mahu menjawab dakwaan Salahuddin itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) turut mencelah dengan mempertikaikan pemberian wang ihsan itu. Berikutan itu, Perdana Menteri menasihatkan pembangkang jangan bermain politik dalam isu itu kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan. "Apa yang hendak dipertikaikan lagi kerana kerajaan Pusat akan berunding dengan kerajaan negeri sebelum projek pembangunan dilaksanakan," katanya. Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, pula menyindir pembangkang yang tidak pernah berpuas hati terhadap apa yang dilakukan kerajaan. "Apa jenis manusia yang tidak tahu untuk berterima kasih," katanya. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian memberi amaran kepada Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak membuat kecoh atau bangun untuk mencelah tanpa kebenarannya. "Yang Berhormat... kalau Perdana Menteri, Menteri tidak datang, Yang Berhormat mahu mereka datang. Tetapi bila mereka datang menjawab soalan, Yang Berhormat tidak mahu dengar. Yang Berhormat syok cerita sendiri," katanya. Dalam sidang media selepas itu, Najib berkata, walaupun pembayaran wang ihsan kepada Kelantan tidak besar, ia akan dilakukan secara telus. "Ia adalah peruntukan tambahan yang akan disalurkan kepada rakyat Kelantan mulai tahun depan," katanya. Perdana Menteri berkata, jumlahnya bergantung kepada tahap pengeluaran minyak luar pesisir di negeri itu, namun dijangkakan pengeluaran awal tidaklah tinggi. "Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan Pusat memberi peruntukan lebih RM7 bilion kepada Kelantan," katanya.

Wednesday, September 9, 2009

Keselamatan rakyat kita terjamin - PM

PUTRAJAYA 9 Sept. - Kerajaan Indonesia akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin berikutan terdapat sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing yang mahu mengusir rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan, perkara itu telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar kepada beliau dalam pertemuan mereka tengah hari ini.
Beliau berkata, isu sama juga telah disuarakan kepada Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Indonesia, Tan Sri Try Sutrisno yang kemudian berjanji untuk memaklumkan perkara itu kepada pemerintah Indonesia.
"Duta Besar Indonesia dalam pertemuan tengah hari tadi telah memberitahu bahawa mereka sedang mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia," katanya.
Najib menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di kediaman rasminya di Sri Satria di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta, Indonesia dalam gerakan yang dipanggil Sweeping Malaysia (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah

Renungkan wahai rakyat Malaysia...

Diantara post saya kat bawah ni saya petik dari beberapa blog yang saya baca...Cubalah kita renungkan dan berfikir sejenak,apelah guna nya membuat baik dengan orang yang tak reti bersyukur..ibarat melepaskan anjing tersepit...kaki kita pula yang hendak digigit...begitulah perumpamaan yang dapat saya buat disini...Malaysia merupakan sebuah negara yang baik hati dan terlalu berlembut.Menyebabkan mereka-mereka yang tidak mengenang budi ini berani untuk bertindak kurang ajar dengan negara yang banyak membantu mereka.Adalah lebih baik sekiranya pemimpin Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing .Saya ingin menyarankan agar kerajaan Malaysia menghentikan khidmat pekerja dari sana dan kerajaan menggaji rakyat Malaysia untuk bekerja .

Apa Jaminan Indonesia?

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, 1,984 warga INDONESIA tebabit dalam kes jenayah pada tahun 2007."Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat INDONESIA dalam kes jenayah di negara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan warga asing terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," ujar beliau.Statistik Pasukan Polis Diraja Malaysia mencatatkan 1,849 kes jenayah sepanjang tahun 2008. Warga INDONESIA mencatatkan penglibatan tertinggi. 1,073 atau 58% daripada jumlah kes terbabit.8 September 2008, polis menembak mati 2 penjenayah INDONESIA dilapor menculik wanita berusia 41 tahun di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Wanita terbabit meninggal dunia akibat parah dikelar menggunakan senjata tajam.Dalam kejadian berasingan, 2 penjenayah INDONESIA ditembak mati selepas mereka menculik pemandu lori membawa gelung tembaga di Shah Alam pada awal tahun 2008. Tembakan polis tepat mengena kepala dan dada penjenayah terbabit sewaktu mereka cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan parang. Saya kongsikan gambar mayat seorang daripada mereka bersama anda. Mereka dilapor memiliki 15 rekod jenayah lampau.Semalam kerajaan INDONESIA memberhentikan penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia buat sementara waktu. Negara jiran itu menuntut kerajaan Malaysia menjamin keselamatan dan melindungi pembantu rumah warga INDONESIA berkerja di negara kita berikutan beberapa kes penderaan berlaku sebelum ini.Persoalannya, adakah kerajaan INDONESIA mampu menjamin keselamatan rakyat Malaysia bermaustautin di negara sendiri daripada kekejaman penjenayah warga negara mereka?
Setakat ini, jawabannya TIDAK.

Rakyat Indonesia bakar bendera Malaysia

Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia.Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.Buktinya, 31 Ogos lalu, sebilangan laman web Malaysia diserang hackers Indonesia. Lebih kurang ajar, pelajar mereka membaling Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan telur busuk. Tidak cukup dengan tindakan itu, semalam 10 aktivis Indonesia menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat, membakar bendera Malaysia di Jakarta Pusat, pada masa sama mengecam presiden Indonesia pengecut dan lembik.“Untuk itu cukup rakyat saja memulai perang semua ini,” ujar wakil aktivis, Fernando.Bendera Malaysia dilapor turut dibakar kumpulan berbeza di beberapa lokasi lain di Indonesia. Namun, Malaysia tetap berdiam diri.Pelajar Indonesia di Yogyakarta mendesak mahasiswa perubatan Malaysia diusir. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Nasional Indonesia diminta mengeluarkan arahan tidak menerima mahasiswa Malaysia di negara mereka. Mereka bimbang mahasiswa Malaysia akan ‘mencuri’ budaya mereka. Malaysia setakat ini masih terus berdiam diri.Persembahan ratu goyang gerudi, Inul Daratista di Stadium Bukit Jalil Julai lalu dibatalkan pihak berkuasa Malaysia. Konsert Inul itu dikatakan bertujuan menghiburkan pekerja warga Indonesia di negara ini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Indonesia ke-64. Pembatalan itu juga membuatkan sebilangan rakyat Indonesia marah.Walaweh!Tidak pula mereka bimbang andai ‘goyang gerudi’ Inul ‘dicuri’ rakyat negara ini.Apapun, hakikatnya parti politik di negara kita, kini kelihatann lebih sibuk ‘berperang’ sesama sendiri. Sedang, Indonesia ‘menyerang’ maruah negara kita kongsi bersama bertubi-tubi.
* Marah benar 'Ustaz' Adamdryx kerana saya memuat turun gambar Jalur Gemilang milik blogger Indonesia ke entry 'Jalur Gemilang Dihina' di blog ini. Peliknya Adam kemudian meletakkan gambar SAMA di blognya. Apahal? Ludah sudah diludah, jatuh kemuka sendiri! Sudah-sudahlah Adam oii! Syuh! Syuh!

30 pelajar perubatan Malaysia bantu mangsa gempa bumi Indonesia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di Indonesia telah digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku di pulau Jawa pada Rabu lepas yang setakat ini mengorbankan lebih 60 orang dan mencederakan 400 yang lain.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata penubuhan pasukan sukarelawan itu atas inisiatif Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata pasukan itu yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar telah membuat persiapan kelengkapan serta barangan dan telah mula bergerak ke kawasan bencana itu di Pengalengan Jawa barat semalam.
"Mereka akan memberikan bantuan makanan dan pakaian serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada mangsa di kawasan terbabit selain membuat tinjauan dan penelitian bagi menentukan bantuan selanjutnya yang boleh dihulurkan kepada mangsa," kata Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara.
Beliau berkata program itu adalah sebagai pendedahan kepada pelajar berkenaan untuk memberi khidmat kesukarelawan kepada penduduk yang terlibat dengan bencana alam. Menurut pihak berkuasa Indonesia gempa bumi sekuat 7.3 pada skala Richter itu memusnahkan lebih 87,000 buah rumah. BERNAMA

Monday, September 7, 2009

Gempa bumi di Indonesia

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari Sabtu merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, cedera dan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian gempa bumi yang melanda Jawa Barat, Indonesia, Rabu lalu.Najib dalam blognya www.1malaysia.com.my berkata beliau amat sedih apabila mengetahui tentang korban dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi tersebut."Bagi pihak Malaysia, saya dengan ikhlas hati merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan tentu sekali kepada rakyat dan pemerintah Indonesia."Kami juga turut berdoa bersama-sama semua ahli keluarga rakyat Indonesia di Malaysia yang menyara sanak-saudara tersayang mereka dari sini, pada waktu-waktu sukar ini," katanya.Najib berkata beliau benar-benar kagum dengan semua usaha kepimpinan Indonesia, pekerja penyelamat dan penduduk kampung sendiri, yang ada di antara mereka menggunakan tangan semata-mata untuk menyelamatkan rakan dan saudara-mara yang masih hidup."Saya amat yakin bahawa waktu-waktu sukar ini akan segera diatasi," katanya.Angka kematian dalam kejadian gempa bumi itu telah meningkat kepada 57 orang dan ratusan lain cedera serta kemusnahan harta benda.Semalam, Najib turut menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atas tragedi yang menimpa negara itu.-- BERNAMA