Monday, December 29, 2008

Pembangkang tiada isu di Kuala Terengganu

Utusan Malaysia.
Pembangkang tiada isu di KT
Oleh Wan Ramli Wan Muhamad
Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersalaman sambil beramah mesra dengan penduduk setempat sebelum meluangkan masa bersarapan pagi di kedai kopi di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.
''Pengalaman masa lalu jelas membuktikan rakyat Kuala Terengganu tidak mudah termakan pujuk rayu Pas kerana ia biasanya hanya retorik politik,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa bertemu dengan pengundi di Kedai Kopi Ladang, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Farid berkata, BN sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil dan bertekad meraih sokongan lebih besar daripada pengundi kawasan tersebut.
Katanya, jentera perayu undi telah mula berjumpa dengan penyokong-penyokong BN di kawasan tersebut.
Wan Ahmad Farid berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengundi, beliau diterima sebagai calon BN walaupun ada spekulasi tidak baik sebelum ini.
Katanya, beliau juga telah berjumpa dengan semua ketua cawangan dan maklum balas yang diberikan amat positif terutama peringkat akar umbi.

No comments: