Saturday, August 22, 2009

Rakyat Malaysia Memandang Enteng H1N1 .

Baru-baru ni aku pergi pasar malam dekat dengan rumah mak aku..aku tengok ada dua orang je yang pakai "face mask" kat pasar malam tu termasuk dengan aku jadi 3 orang jelah...walaupun setiap hari diperingatkan kat radio-radio supaya orang ramai memakai " face mask " apabila keluar ke tempat yang sesak dengan orang ramai agar dapat mengelakkan jangkitan virus tersebut tapi betul lah orang kita ni memang berani dan langsung tak takut dengan jangkitan virus tersebut .Kalau lah korang benar-benar sihat dan berani untuk tidak memakai topeng muka tersebut tetapi fikirkanlah anak-anak korang kat rumah yang masih kecil dan juga jika ada diantara korang yang mempunyai isteri yang mengandung , tindakan korang tidak memakai "face mask" tersebut mendatangkan risiko jangkitan kepada mereka.Virus tersebut mampu membahayakan diorang.Untuk itu aku sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,nak tolong ingatkan korang lagi...pakailah " face mask" demi kebaikkan semua buat masa ini dan sayangilah keluarga korang terutama yang mempunyai penyakit kerana mereka lebih berisiko untuk maut jika dijangkiti virus ini ....Harap Maklum...

KENA PAKAI TOPENG .


KUALA LUMPUR: "Pakai topeng mulut dan hidung," nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat bagi mengelakkan mereka dijangkiti virus selesema babi (H1N1). Walaupun tiada kematian akibat wabak H1N1 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, beliau bimbang melihat sikap orang ramai yang seolah-olah tidak takut terhadap wabak penyakit itu. Sehingga semalam, angka korban kekal 68 orang sejak kematian pertama dilaporkan pada 21 Julai lalu.
Bagaimanapun, seramai 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit sudah dibenarkan keluar. Jumlah pesakit menurun kepada 1,476 daripada 1,556 kelmarin yang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 316 pesakit disahkan positif H1N1. Daripada jumlah itu, 40 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes adalah kemasukan baru, manakala lapan kes dikeluarkan daripada unit itu.
Daripada 40 kes yang dirawat di ICU, 25 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak dan bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma (3), obesiti (3), mengandung dan bersalin (1) dan kanak-kanak istimewa (1). Tun Dr Mahathir berharap orang ramai memakai topeng itu di tempat awam, termasuk ketika membeli-belah di bazar Ramadan. "Walaupun ada wabak H1N1, nampaknya orang ramai juga (membeli juadah berbuka puasa). Saya susah hati sikit, ramai tak pakai topeng penutup hidung dan mulut. Katanya, kemelesetan ekonomi juga seolah-olah seperti tidak berlaku berdasarkan sambutan orang ramai keluar membeli belah pada hari pertama Ramadan.
"Walaupun ada krisis kewangan, nampak orang tak berasa apa pun," katanya yang mengunjungi Bazar Ramadan di Kampung Baru untuk mencari cucur udang. "Kalau tak pakai topeng itu, kita tak tahu bila kita nak kena (jangkitan H1N1). Peniaga juga kena pakai topeng ... kena jaga kesihatan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, semalam. Beliau yang memakai topeng itu berkata, orang ramai serta peniaga perlu berhati-hati dan mementingkan kebersihan makanan. Sebelum itu, Dr Mahathir yang mengunjungi gerai makanan di bazar Ramadan terserempak dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang turut meninjau di bazar Ramadan berkenaan. Najib melawat dan membeli kuih di gerai-gerai sepanjang bazar itu kira-kira setengah jam.

Sunday, August 16, 2009

Perhimpunan Haram Bantah ISA di Jalan TAR 1 Ogos 2009

Pada 1 Ogos 2009 yang lalu, negara sekali lagi dikejutkan dengan satu perhimpunan haram bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, namun hanya 5,000 lebih orang menghadirinya. Mereka berhimpun di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu seperti pekarangan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Masjid Negara, Dataran Merdeka, stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni. Banyak premis perniagaan di Jalan Tunku Abdul Rahman termasuk pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ekoran perhimpunan tersebut.

Adakah anda bersetuju bahawa demonstrasi dan perhimpunan haram di Jalan Tunku Abdul Rahman adalah bertujuan untuk melumpuhkan sumber ekonomi / perniagaan orang-orang Melayu?



Persoalannya, mengapa setiap kali berlaku demonstrasi atau perhimpunan haram, Jalan Tunku Abdul Rahman harus menjadi sasaran dan bukannya jalan di Breakfield atau Chinatown?