Wednesday, May 27, 2009

'Usah layan desakan benar Chin Peng pulang'

JASIN: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Melaka meminta kerajaan mengenepikan desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan. Desakan itu seolah-olah mahu mencabar sikap keterbukaan kerajaan selain jelas membelakangkan aspirasi dan kepentingan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah negara ini. Sambil menyatakan rasa kecewa dengan desakan terbabit, Yang Dipertua PBTM Cawangan Melaka, Datuk Wira Ahmad Hamzah, mahu kerajaan tidak melayan desakan seperti itu yang seolah-olah merestui tindakan jahat Chin Peng terhadap rakyat di negara ini pada tahun 50-an.
"Cuba kita bayangkan jika negara pada ketika ini diperintah oleh PKM menerusi perjuangan kejamnya. Sudah pasti negara ini tidak akan wujud keamanan, kemakmuran dan pelaksanaan sistem demokrasi serta raja berpelembagaan seperti sekarang. "Tidak ada sebab untuk kerajaan mengubah pendirian terhadap Chin Peng. Sifat kemanusiaan bukan alasan bagi memaafkan pelampau seperti pemimpin komunis itu dan rakyat ketika ini masih terasa kesengsaraan ketika PKM memimpin satu ketika dulu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung PBTM Cawangan Merlimau, di Taman Merlimau Baru, dekat sini semalam. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin, berkata kekejaman PKM pimpinan Chin Peng tidak boleh dimaafkan kerana disebabkan angkara beliau, banyak anggota keselamatan khususnya tentera yang terkorban ketika mempertahankan tanah air.
"Selain negara menjadi huru-hara, ramai wanita menjadi balu, anak kecil menjadi yatim piatu dan ibu pula kehilangan anak kerana perbuatan kejam yang dilakukan oleh komunis pimpinan Chin Peng,” katanya. Baru-baru ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, kembali ke Malaysia atas sebab kemanusiaan. Beliau dilaporkan berkata, keganasan komunis sekitar tahun 50-an tidak lagi diamalkan dan komunisme di seluruh dunia termasuk di China serta Rusia juga sudah mengalami transformasi.

BE HOME SAFELY =)

THE GRASS IS NOT ALWAYS GREEN....
GREENER ON THE OTHER SIDE.....
THERE IS NO PLACE LIKE HOME......

Tuesday, May 26, 2009

Rakyat tidak sepatutnya lupa keganasan komunis.( Berita Harian Online )

TIDAK keterlaluan untuk kita menyifatkan komunis sebagai penjajah terakhir di negara kita. Tetapi berbeza dengan Portugis, Belanda, British, Siam mahupun Jepun, penjajahan komunis bukan didalangi tentera asing yang menceroboh untuk menakluk negara kita, sebaliknya komunis menjajah negara kita dengan menanamkan ideologi cetusan Karl Marx di kalangan masyarakat tempatan, terutama orang Cina di Tanah Melayu. Ia adalah ‘penjajahan minda’ yang menyebabkan penduduk setempat bangkit menentang pemerintah bagi mewujudkan sebuah negara berasaskan sistem komunisme. Sejak dicetuskan Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, ideologi komunis merebak pesat ke negara lain termasuk Russia dan China sebelum tiba di negara kita pada awal 1920-an. Fahaman itu terus disebarkan ejen komunis terutama apabila Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930. Pelbagai propaganda dirancang bagi menarik minat masyarakat Cina kelas bawahan menyertai PKM. Usaha itu berkesan apabila kira-kira 10,000 ahli baru menyertai parti itu menjelang 1934. Pelbagai usaha dilakukan sejak itu termasuk cubaan menyusup masuk ke dalam pertubuhan orang Melayu. Usaha PKM untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. PKM menukar strategi kepada pendekatan keganasan. Kebanyakan komunis ini bergerak dalam hutan dan menjadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila. [+]