Wednesday, June 17, 2009

Rimas sikap warga asing

MyMetro - Khamis 18 Jun 2009

SEORANG Ahli Parlimen menyuarakan kebimbangan berhubung sikap kurang ajar warga asing yang gemar mengganggu bukan saja anak gadis, malah wanita tempatan yang sudah bersuami dan berkeluarga.Malah, Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) juga melahirkan rasa terkejut apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof memberitahu tidak ada laporan berkaitan perbuatan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa terutama polis.“Saya terperanjat dengan jawapan ini (tidak ada aduan gangguan itu kepada polis),” katanya.Beliau terus menyuarakan kesan kehadiran pendatang yang menyebabkan beberapa kawasan tertentu dilabelkan dengan nama golongan warga asing berkenaan.“Kalau di Balakong, orang sudah gelar ‘Bangla Kong’, kalau hari minggu, Pasar Seni bukan lagi untuk rakyat Malaysia, begitu juga keadaan di bandar besar.“Apa yang pasti, ia sudah memperlihatkan negara ini tempat tidak selamat bagi rakyat Malaysia berdasarkan kira-kira tiga juta warga asing bekerja sehingga menimbulkan pelbagai masalah keselamatan, sosial dan kesihatan,” katanya.Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan rasa takut rakyat Malaysia apabila ada antara warga asing terbabit bersikap kurang ajar mengganggu isteri orang dan anak gadis tempatan.Oleh itu, katanya, perlu ada satu peraturan tegas mengawal keadaan itu sebelum kejadian tidak diingini membabitkan golongan berkenaan berlaku.Abu Seman yang menjawab soalan itu tidak menafikan masyarakat Malaysia kurang senang dan resah dengan tingkah laku keterlaluan pelajar dan pekerja warga asing. Beliau berkata, jika mereka keterlaluan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam, kerajaan boleh menggunakan pelbagai agensi bagi menanganinya.

Monday, June 15, 2009

Herm...... abaikan permintaan Chin Peng nak Balik tu..

Ape kata kita abaikan je permintaan Chin Peng nak balik Malaysia sebab nanti akan menambahkan lagi kacau bilau negara kita yang sememangnya dah nampak cam nak kacau je nih....
Apesal dulu taknak balik...sekarang ni sesajer je ko nk balik ek....so korang yang lain tu lebih baik buat perkara-perkara lain yang boleh datangkan income untuk korang dan negara.Jangan kerana dia sorang jer kita nak gaduh2...Yang DSAI nk tambahkan penyokong cina bagi sokong dia....dia pun mula la masuk jarum konon nk tunjuk prihatin sangat dengan Chin Peng...Memang la korang kater Chin Peng dah tua dan tak larat n tak mengancam keselamatan negara....Kalau korang rajin membaca sejarah...tau tak naper kerajaan Melayu Melaka dulu jatuh?hanya disebabkan oleh seorang budak kecil jer...So korang janganla pandang fizikal seseorang je bila nk simpulkan sesatu perkara yang belum terjadi...Memangla Chin Peng sakit dan dah tua...tetapi idealogi dia masih ada...mampu mengancam keselamatan negara tau....So syukur la kita masih aman dan mampu mencari kekayaan di bumi Malaysia ni.Bagi orang yang tak ade semangat cintakan negara...terpulang la.....

Cara Komunis Tidak Sesuai Dengan Budaya Kita


Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Fakta berkenaan Min Yuen

Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.
Tujuan Min Yuen ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis.Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan.
Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil terhadap mereka dan keluaraga mereka.
Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya pada sebelah malam. Bagi melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai
Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Min_Yuen"

Sedikit Maklumat Tentang Parti Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Meayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930 an. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British . Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu . Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D . Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja , dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Kajian dapati semua kaum tak dapat lupa kekejaman bekas Setiausaha Agung PKM

Berita Harian 16 Jun 09

YAN: Kajian yang dilaksanakan Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kira-kira 80 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mahu bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang atau diberi kerakyatan negara ini. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad berkata, kaji selidik berkumpulan yang membabitkan 10,000 responden itu mendapati rata-rata masyarakat tidak bersetuju jika Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Beliau berkata, kaji selidik itu dilakukan Jabatan Penerangan terhadap pelbagai kaum di seluruh negara berikutan wujud cadangan daripada pihak tertentu yang mahu supaya Chin Peng dibenarkan pulang atas dasar kemanusiaan.
"Kajian mendapati rakyat semua kaum tidak dapat menerima Chin Peng kerana kekejaman yang pernah dilakukannya sewaktu zaman darurat dan selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya selepas merasmikan Program Sepakat Bestari di sini, semalam. Katanya, kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng dibenar pulang atas alasan kerajaan pernah membenarkan beberapa anggota komunis pulang ke tanah air hanya akan menimbulkan kekeliruan. "Negara boleh menjadi porak peranda dan rakyat akan terkeliru jika isu Chin Peng terus dimainkan oleh pemimpin politik pembangkang sebagai modal meraih simpati. Walaupun rakyat menolak kepulangan Chin Peng, masih ada pemimpin politik menjadikan ia isu," katanya.
Beliau berkata, pemimpin berkenaan seharusnya mengambil kira suara rakyat dari semua kaum yang cintakan negara ini serta perlu menghormati prinsip Rukun Negara serta keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang. Sementara itu, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) berkata, Anwar seharusnya berusaha membela nasib bekas tentera yang berjuang mempertahankan negara pada zaman komunis, bukannya membawa masuk Chin Peng ke Malaysia. Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani, berkata ramai bekas tentera yang cacat anggota akibat berjuang mempertahankan kedaulatan negara pada zaman komunis kini masih menerima elaun bulanan hilang upaya antara RM56.20 hingga RM400 sebulan saja. Katanya, jumlah elaun itu harus diperjuangkan semua pihak termasuk Anwar supaya taraf hidup nasib bekas tentera yang berjasa dan berkorban demi tanah air mereka dapat dipertingkatkan, bukannya membawa masuk Chin Peng.
"Dianggarkan 400 orang lagi bekas tentera yang menentang komunis cacat anggota masih menerima elaun hilang upaya kurang RM100 hingga RM400 sebulan dan ini memberi kesan besar terhadap ekonomi kehidupan mereka terutama pada zaman sekarang. "PBTM meminta Anwar bersama membantu memperjuang nasib pejuang negara ini bukannya menambahkan penderitaan jiwa mereka dengan berusaha membawa masuk Chin Peng," katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada bekas tentera di Kota Bharu. Muhammad berkata, ideologi komunis masih wujud di Malaysia dan ini dapat dilihat kepada mereka yang memberi sokongan kepada komunis seperti cadangan membawa masuk bekas ketua PKM itu dan tindakan Anwar jelas bertujuan mendapat publisiti murah. Beliau berkata, PBTM akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bekas Polis untuk mengadakan satu perhimpunan secara aman dalam menyatakan hasrat kepada kerajaan supaya jangan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.

Ape kena dengan Nizar ni....

Saya tak faham , kenapa Datuk Nizar ni selalu buat perkara-perkara yang mencetuskan kontroversi . Selalu buat bende-bende yang menarik perhatian media.Sepatutnya Datuk Nizar isikan masa yang dia ada untuk membantu rakyat .Cari masalah rakyat dan buktikan jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat .Tetapi apa yang dia buat adalah sebaliknya.Seolah-olah dia berjuang hanya untuk parti.Walaubagaimanapun " style" dia lebih mirip kepada PKR berbanding PAS.Memberontak dan " break the rules " .Saya tak taulah kenapa pada hari ini keadaan politik di Malaysia nampak seakan kacau.Mungkin kerana terlalu diberikan kebebasan kot ,macam mendidik anak lah...bila kita selalu bagi muka...mulalah diorang melampau...

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen serta enam lagi anggota pembangkang, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari bermula semalam kerana enggan mematuhi peraturan mesyuarat. Mohammad Nizar, yang menang kerusi Bukit Gantang pada pilihan raya kecil 7 April lalu dan enam anggota pembangkang itu diarah keluar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, selepas mereka tidak menghiraukan arahan supaya membuka lilitan pada songkok, kepala atau lengan bertulis 'Bubar DUN'. Selain Mohammad Nizar, turut digantung ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Ngo Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai),
Kira-kira 20 penyokong parti pembangkang di galeri pemerhati yang turut memakai lilitan itu, juga diarah keluar Dewan. Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian Ngeh dan Dr Dzulkefly kembali memasuki Dewan, tetapi keluar semula selepas ditegur Speaker. Kekecohan itu berlaku kira-kira lima minit selepas persidangan bermula apabila Mohamad Nizar, yang memakai lilitan pada songkoknya sebaik selesai mengangkat sumpah, melaungkan 'Hidup, Hidup, Hidup Rakyat, Bubar, Bubar, Bubar DUN Perak' serta
Pandikar Amin ketika mengeluarkan arahan itu berkata: "Secara tradisi, apabila seorang Yang Berhormat mengangkat sumpah, tugas pertama Yang Dipertua ialah mengalu-alukan kehadirannya dengan harapan dia menyumbang bukan saja dari segi perbahasan tetapi juga tatacara, cara bercakap, berdiri, tetapi hari ini seorang wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar gagal berbuat demikian. "Apa juga gelagat di luar dewan, saya tidak kisah tetapi jangan buat gelagat di dalam dewan yang di luar daripada Peraturan Mesyuarat." Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Pandikar Amin menegaskan semua pihak termasuk wakil rakyat harus menghormati peraturan mesyuarat Dewan Rakyat. "Parlimen Malaysia tidak membenarkan mana-mana anggotanya memakai lilitan kepala ketika memasuki Dewan Rakyat. Ini bukan budaya kita.
"Pada persidangan hari ini, pembangkang membazirkan masa selama 24 minit menyebabkan banyak perkara yang seharusnya diteruskan terganggu. Dewan Rakyat bukan pasar, ia adalah institusi tertinggi yang membincangkan pelbagai perkara," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, menyifatkan tindakan Mohammad Nizar sebagai reaksi spontan kerana kemungkinan dia masih tidak berpuas hati dengan isu DUN Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada sidang medianya menyifatkan tindakan Mohammad Nizar sungguh memalukan dan mengecewakan wakil rakyat lain. "Mohammad Nizar mungkin masih fikir ini (Dewan Rakyat) adalah Dewan Undangan Negeri Perak. Selama empat penggal berada dalam Dewan Rakyat, saya tidak pernah melihat tindakan seperti ini," katanya. Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata Mohammad Nizar tidak seharusnya bertindak samseng dalam Dewan Rakyat. "Beliau perlu faham Parlimen ada undang-undang dan perlu menghormatinya. Mohammad Nizar juga perlu menghormati Speaker dan tidak seharusnya menjerit dalam Parlimen. "Sebagai seorang pemimpin politik tidak kira parti mana Mohammad Nizar wakili, beliau seharusnya menunjukkan contoh yang baik, tetapi kelakuan beliau sungguh memalukan," katanya. Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) juga menyifatkan kejadian itu memalukan dan diibaratkan seperti 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'. "Kalau mahu anak muda menjadi contoh dan memiliki jati diri, kita kena tunjuk teladan. Kalau tidak puas hati, kita boleh berhujah. Apa yang berlaku pagi tadi tidak boleh memberi contoh kepada masyarakat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008. Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) pula berkata wakil rakyat perlu menjadi pemimpin yang berwibawa dan bukan gila kuasa. "Rakyat kena berfikir pada pilihan raya akan datang, jangan lagi pilih orang seperti ini... ini bukan memberi kebaikan pada negara, sebaliknya hanya mendatangkan keburukan," katanya. Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) berkata, kejadian itu menjijikkan dan tidak sepatutnya dijadikan contoh masyarakat dalam dan luar negara. "Program Latihan Khidmat Negara memupuk nilai, bukannya seperti yang ditunjukkan dalam dewan pagi tadi, ia memalukan," katanya. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abd Rahman, berkata beliau terkejut dengan tindakan Mohammad Nizar tidak menghormati Dewan Rakyat. "Saya hairan bagaimana individu sepertinya boleh berada di Dewan ini. Tindakan beliau sudah melanggar perundangan dan perlembagaan negara," katanya.