Wednesday, June 17, 2009

Rimas sikap warga asing

MyMetro - Khamis 18 Jun 2009

SEORANG Ahli Parlimen menyuarakan kebimbangan berhubung sikap kurang ajar warga asing yang gemar mengganggu bukan saja anak gadis, malah wanita tempatan yang sudah bersuami dan berkeluarga.Malah, Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) juga melahirkan rasa terkejut apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof memberitahu tidak ada laporan berkaitan perbuatan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa terutama polis.“Saya terperanjat dengan jawapan ini (tidak ada aduan gangguan itu kepada polis),” katanya.Beliau terus menyuarakan kesan kehadiran pendatang yang menyebabkan beberapa kawasan tertentu dilabelkan dengan nama golongan warga asing berkenaan.“Kalau di Balakong, orang sudah gelar ‘Bangla Kong’, kalau hari minggu, Pasar Seni bukan lagi untuk rakyat Malaysia, begitu juga keadaan di bandar besar.“Apa yang pasti, ia sudah memperlihatkan negara ini tempat tidak selamat bagi rakyat Malaysia berdasarkan kira-kira tiga juta warga asing bekerja sehingga menimbulkan pelbagai masalah keselamatan, sosial dan kesihatan,” katanya.Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan rasa takut rakyat Malaysia apabila ada antara warga asing terbabit bersikap kurang ajar mengganggu isteri orang dan anak gadis tempatan.Oleh itu, katanya, perlu ada satu peraturan tegas mengawal keadaan itu sebelum kejadian tidak diingini membabitkan golongan berkenaan berlaku.Abu Seman yang menjawab soalan itu tidak menafikan masyarakat Malaysia kurang senang dan resah dengan tingkah laku keterlaluan pelajar dan pekerja warga asing. Beliau berkata, jika mereka keterlaluan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam, kerajaan boleh menggunakan pelbagai agensi bagi menanganinya.

No comments: