Wednesday, September 9, 2009

Keselamatan rakyat kita terjamin - PM

PUTRAJAYA 9 Sept. - Kerajaan Indonesia akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin berikutan terdapat sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing yang mahu mengusir rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan, perkara itu telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar kepada beliau dalam pertemuan mereka tengah hari ini.
Beliau berkata, isu sama juga telah disuarakan kepada Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Indonesia, Tan Sri Try Sutrisno yang kemudian berjanji untuk memaklumkan perkara itu kepada pemerintah Indonesia.
"Duta Besar Indonesia dalam pertemuan tengah hari tadi telah memberitahu bahawa mereka sedang mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia," katanya.
Najib menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di kediaman rasminya di Sri Satria di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta, Indonesia dalam gerakan yang dipanggil Sweeping Malaysia (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah

Renungkan wahai rakyat Malaysia...

Diantara post saya kat bawah ni saya petik dari beberapa blog yang saya baca...Cubalah kita renungkan dan berfikir sejenak,apelah guna nya membuat baik dengan orang yang tak reti bersyukur..ibarat melepaskan anjing tersepit...kaki kita pula yang hendak digigit...begitulah perumpamaan yang dapat saya buat disini...Malaysia merupakan sebuah negara yang baik hati dan terlalu berlembut.Menyebabkan mereka-mereka yang tidak mengenang budi ini berani untuk bertindak kurang ajar dengan negara yang banyak membantu mereka.Adalah lebih baik sekiranya pemimpin Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pendatang asing .Saya ingin menyarankan agar kerajaan Malaysia menghentikan khidmat pekerja dari sana dan kerajaan menggaji rakyat Malaysia untuk bekerja .

Apa Jaminan Indonesia?

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, 1,984 warga INDONESIA tebabit dalam kes jenayah pada tahun 2007."Polis memandang serius penglibatan warga asing termasuk rakyat INDONESIA dalam kes jenayah di negara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan warga asing terbabit dalam kes jenayah tanpa mengira negara asal mereka," ujar beliau.Statistik Pasukan Polis Diraja Malaysia mencatatkan 1,849 kes jenayah sepanjang tahun 2008. Warga INDONESIA mencatatkan penglibatan tertinggi. 1,073 atau 58% daripada jumlah kes terbabit.8 September 2008, polis menembak mati 2 penjenayah INDONESIA dilapor menculik wanita berusia 41 tahun di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Wanita terbabit meninggal dunia akibat parah dikelar menggunakan senjata tajam.Dalam kejadian berasingan, 2 penjenayah INDONESIA ditembak mati selepas mereka menculik pemandu lori membawa gelung tembaga di Shah Alam pada awal tahun 2008. Tembakan polis tepat mengena kepala dan dada penjenayah terbabit sewaktu mereka cuba menyerang pihak berkuasa menggunakan parang. Saya kongsikan gambar mayat seorang daripada mereka bersama anda. Mereka dilapor memiliki 15 rekod jenayah lampau.Semalam kerajaan INDONESIA memberhentikan penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia buat sementara waktu. Negara jiran itu menuntut kerajaan Malaysia menjamin keselamatan dan melindungi pembantu rumah warga INDONESIA berkerja di negara kita berikutan beberapa kes penderaan berlaku sebelum ini.Persoalannya, adakah kerajaan INDONESIA mampu menjamin keselamatan rakyat Malaysia bermaustautin di negara sendiri daripada kekejaman penjenayah warga negara mereka?
Setakat ini, jawabannya TIDAK.

Rakyat Indonesia bakar bendera Malaysia

Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia.Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.Buktinya, 31 Ogos lalu, sebilangan laman web Malaysia diserang hackers Indonesia. Lebih kurang ajar, pelajar mereka membaling Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan telur busuk. Tidak cukup dengan tindakan itu, semalam 10 aktivis Indonesia menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat, membakar bendera Malaysia di Jakarta Pusat, pada masa sama mengecam presiden Indonesia pengecut dan lembik.“Untuk itu cukup rakyat saja memulai perang semua ini,” ujar wakil aktivis, Fernando.Bendera Malaysia dilapor turut dibakar kumpulan berbeza di beberapa lokasi lain di Indonesia. Namun, Malaysia tetap berdiam diri.Pelajar Indonesia di Yogyakarta mendesak mahasiswa perubatan Malaysia diusir. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan Nasional Indonesia diminta mengeluarkan arahan tidak menerima mahasiswa Malaysia di negara mereka. Mereka bimbang mahasiswa Malaysia akan ‘mencuri’ budaya mereka. Malaysia setakat ini masih terus berdiam diri.Persembahan ratu goyang gerudi, Inul Daratista di Stadium Bukit Jalil Julai lalu dibatalkan pihak berkuasa Malaysia. Konsert Inul itu dikatakan bertujuan menghiburkan pekerja warga Indonesia di negara ini sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Indonesia ke-64. Pembatalan itu juga membuatkan sebilangan rakyat Indonesia marah.Walaweh!Tidak pula mereka bimbang andai ‘goyang gerudi’ Inul ‘dicuri’ rakyat negara ini.Apapun, hakikatnya parti politik di negara kita, kini kelihatann lebih sibuk ‘berperang’ sesama sendiri. Sedang, Indonesia ‘menyerang’ maruah negara kita kongsi bersama bertubi-tubi.
* Marah benar 'Ustaz' Adamdryx kerana saya memuat turun gambar Jalur Gemilang milik blogger Indonesia ke entry 'Jalur Gemilang Dihina' di blog ini. Peliknya Adam kemudian meletakkan gambar SAMA di blognya. Apahal? Ludah sudah diludah, jatuh kemuka sendiri! Sudah-sudahlah Adam oii! Syuh! Syuh!

30 pelajar perubatan Malaysia bantu mangsa gempa bumi Indonesia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di Indonesia telah digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku di pulau Jawa pada Rabu lepas yang setakat ini mengorbankan lebih 60 orang dan mencederakan 400 yang lain.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata penubuhan pasukan sukarelawan itu atas inisiatif Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata pasukan itu yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar telah membuat persiapan kelengkapan serta barangan dan telah mula bergerak ke kawasan bencana itu di Pengalengan Jawa barat semalam.
"Mereka akan memberikan bantuan makanan dan pakaian serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada mangsa di kawasan terbabit selain membuat tinjauan dan penelitian bagi menentukan bantuan selanjutnya yang boleh dihulurkan kepada mangsa," kata Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara.
Beliau berkata program itu adalah sebagai pendedahan kepada pelajar berkenaan untuk memberi khidmat kesukarelawan kepada penduduk yang terlibat dengan bencana alam. Menurut pihak berkuasa Indonesia gempa bumi sekuat 7.3 pada skala Richter itu memusnahkan lebih 87,000 buah rumah. BERNAMA

Monday, September 7, 2009

Gempa bumi di Indonesia

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari Sabtu merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, cedera dan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian gempa bumi yang melanda Jawa Barat, Indonesia, Rabu lalu.Najib dalam blognya www.1malaysia.com.my berkata beliau amat sedih apabila mengetahui tentang korban dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi tersebut."Bagi pihak Malaysia, saya dengan ikhlas hati merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan tentu sekali kepada rakyat dan pemerintah Indonesia."Kami juga turut berdoa bersama-sama semua ahli keluarga rakyat Indonesia di Malaysia yang menyara sanak-saudara tersayang mereka dari sini, pada waktu-waktu sukar ini," katanya.Najib berkata beliau benar-benar kagum dengan semua usaha kepimpinan Indonesia, pekerja penyelamat dan penduduk kampung sendiri, yang ada di antara mereka menggunakan tangan semata-mata untuk menyelamatkan rakan dan saudara-mara yang masih hidup."Saya amat yakin bahawa waktu-waktu sukar ini akan segera diatasi," katanya.Angka kematian dalam kejadian gempa bumi itu telah meningkat kepada 57 orang dan ratusan lain cedera serta kemusnahan harta benda.Semalam, Najib turut menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atas tragedi yang menimpa negara itu.-- BERNAMA

Wednesday, September 2, 2009

Penggodam Indonesia serang laman web Malaysia

Susulan dakwaan Kuala Lumpur mengambil budaya mereka untuk promosiJAKARTA: Sekumpulan penggodam komputer Indonesia kelmarin mendakwa menyerang beberapa laman web Malaysia, insiden terbaru yang membayangkan kehampaan berterusan selepas Kuala Lumpur didakwa menggunakan tarian tradisi republik itu untuk mempromosi pelancongannya. Satu kenyataan dihantar ke sebuah blog bertajuk "Terselubung" berkata beberapa laman web Malaysia digodam dan dicacatkan.
Blog itu menyenaraikan lebih 120 alamat internet, termasuk domain bagi pendidikan Malaysia dan laman pelancongan. Namun pemeriksaan ke atas contoh laman web yang disenaraikan mendedahkan hanya beberapa daripadanya masih dicacatkan. Laman web rasmi Malaysia kembali pulih dan hanya beberapa laman web persendirian termasuk risalah syarikat pemasaran internet, masih memaparkan mesej penggodam, sementara yang lain tidak boleh dibuka atas beberapa sebab. Dengan lagu kebangsaan Indonesia dimainkan sebagai muzik latar, laman web risalah berkenaan digodam ditandatangani oleh M364tron dan berkata: "Satu demi satu anda mengambil budaya kami, namun kami tidak akan diam. Anda masih menjadi sasaran utama kami."
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah melahirkan perasaan "kecewa" berhubung tindakan penggodam tempatan dan menggesa kedua pihak bertenang. "Saya fikir mereka memberi tindak balas dengan cara tidak wajar dan hanya memburukkan keadaan," kata Faizasyah. "Kami tidak percaya bahawa serangan ke atas laman web Malaysia diganggu secara besar-besaran sehingga mengganggu hubungan dua hala, namun mereka mungkin menyebabkan keadaan berang dari segi psikologi, justeru semua orang perlu bertenang." Musni Umar, seorang anggota tempatan Kumpulan Individu Terkemuka, satu pertubuhan pakar dan bekas pemimpin dari kedua negara, berkata penggodam keterlaluan dan insiden itu membabitkan hanya golongan muda yang sering bertindak secara emosi berbanding rasional.
"Saya tidak bimbang pada hari ini, saya bimbang apabila golongan muda ini mengambil alih pemerintahan negara dengan sangka buruk terhadap jiran mereka," katanya. "Ya kita perlu melakukan sesuatu mengenainya. Komunikasi dua hala perlu membabitkan belia bagi membantu mereka memahami perlunya mengekalkan hubungan baik dengan jiran." Perasaan berang dengan Malaysia memuncak lagi minggu lalu berhubung dakwaan bahawa satu tarian Bali digunakan bagi mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia, walaupun didedahkan selepas itu tiada agensi kerajaan memainkan peranan dalam membuat iklan itu. - Agensi


( Sumber : http://mforum2.cari.com.my/ )