Monday, September 7, 2009

Gempa bumi di Indonesia

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari Sabtu merakamkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, cedera dan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat kejadian gempa bumi yang melanda Jawa Barat, Indonesia, Rabu lalu.Najib dalam blognya www.1malaysia.com.my berkata beliau amat sedih apabila mengetahui tentang korban dan kemusnahan yang disebabkan oleh gempa bumi tersebut."Bagi pihak Malaysia, saya dengan ikhlas hati merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan tentu sekali kepada rakyat dan pemerintah Indonesia."Kami juga turut berdoa bersama-sama semua ahli keluarga rakyat Indonesia di Malaysia yang menyara sanak-saudara tersayang mereka dari sini, pada waktu-waktu sukar ini," katanya.Najib berkata beliau benar-benar kagum dengan semua usaha kepimpinan Indonesia, pekerja penyelamat dan penduduk kampung sendiri, yang ada di antara mereka menggunakan tangan semata-mata untuk menyelamatkan rakan dan saudara-mara yang masih hidup."Saya amat yakin bahawa waktu-waktu sukar ini akan segera diatasi," katanya.Angka kematian dalam kejadian gempa bumi itu telah meningkat kepada 57 orang dan ratusan lain cedera serta kemusnahan harta benda.Semalam, Najib turut menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atas tragedi yang menimpa negara itu.-- BERNAMA

No comments: