Tuesday, May 26, 2009

Rakyat tidak sepatutnya lupa keganasan komunis.( Berita Harian Online )

TIDAK keterlaluan untuk kita menyifatkan komunis sebagai penjajah terakhir di negara kita. Tetapi berbeza dengan Portugis, Belanda, British, Siam mahupun Jepun, penjajahan komunis bukan didalangi tentera asing yang menceroboh untuk menakluk negara kita, sebaliknya komunis menjajah negara kita dengan menanamkan ideologi cetusan Karl Marx di kalangan masyarakat tempatan, terutama orang Cina di Tanah Melayu. Ia adalah ‘penjajahan minda’ yang menyebabkan penduduk setempat bangkit menentang pemerintah bagi mewujudkan sebuah negara berasaskan sistem komunisme. Sejak dicetuskan Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, ideologi komunis merebak pesat ke negara lain termasuk Russia dan China sebelum tiba di negara kita pada awal 1920-an. Fahaman itu terus disebarkan ejen komunis terutama apabila Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930. Pelbagai propaganda dirancang bagi menarik minat masyarakat Cina kelas bawahan menyertai PKM. Usaha itu berkesan apabila kira-kira 10,000 ahli baru menyertai parti itu menjelang 1934. Pelbagai usaha dilakukan sejak itu termasuk cubaan menyusup masuk ke dalam pertubuhan orang Melayu. Usaha PKM untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan politik gagal apabila mereka diketepikan British dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. PKM menukar strategi kepada pendekatan keganasan. Kebanyakan komunis ini bergerak dalam hutan dan menjadi pasukan pembunuh bergerak secara gerila. [+]

No comments: