Sunday, July 5, 2009

Malaysia Cari Alternatif Baru Jika Indonesia Teruskan Keputusannya

KANGAR, 27 Jun (Bernama) -- Malaysia akan mencari alternatif baru bagi mendapatkan sumber tenaga pembantu rumah jika Indonesia meneruskan keputusannya menghentikan sementara penghantaran tenaga kerja ke negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.Beliau berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Erman Suparno yang dijadualkan melawat negara ini pertengahan bulan depan."Indonesia sudah umum keputusan mereka tapi (mereka) mahu perjumpaan. Itu hak mereka," katanya kepada para pemberita semasa diminta mengulas tindakan Indonesia yang menghentikan penghantaran sementara tenaga kerja pembantu rumah Indonesia ke negara ini berkuatkuasa serta merta mulai Jumaat.Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Erman Suparno dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat berikutan banyak aduan para pekerja bahawa mereka telah didera oleh majikan di Malaysia dan arahan itu tidak berubah sehingga Malaysia menjamin keselamatan pembantu rumah Indonesia.Subramanian juga berkata, sepatutnya sebarang keputusan dibuat secara yang terbaik selepas perbincangan dibuat antara kedua negara."Kita akan ambil langkah sesuai kalau kita sudah tahu keputusan itu muktamad. Kalau perlu kita akan tengok negara lain di rantau Asean untuk dijadikan sumber tenaga kerja," katanya.Ditanya sama ada kes penderaan yang dilakukan majikan negara ini ke atas pembantu rumah Indonesia begitu berleluasa, Subramaniam berkata, setiap tahun sekitar 50 aduan kes di terima berbanding lebih 300,000 pembantu rumah rakyat Indonesia yang terdapat di negara ini.Beliau berkata, kemungkinan ada di kalangan rakyat Indonesia yang akan memasuki negara ini melalui jalan haram jika mereka disekat untuk bekerja di negara ini.Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa perbuatan itu adalah salah dan mereka yang terbabit boleh diambil tindakan undang-undang sama ada terhadap pekerja itu aatau majikan mereka.Sebelum itu, Subramaniam mengiringi Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menghadiri konvensyen MIC Perlis ke-63 di Dewan Residensi di sini.-- BERNAMA

No comments: