Tuesday, November 24, 2009

Alahai Cinta Jejaka Lombok......


KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing. Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.
Sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap tenaga kerja Indonesia iaitu Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), turut membuat kajian impak disebabkan migrasi itu.
Migrant Care mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia termasuk di pulau berkenaan.Wakil organisasi itu di Malaysia, Alex Ong (gambar), berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada keluarga di negara ini yang meminta pertolongan mengesan anak gadis atau ahli keluarga mereka yang dipercayai dibawa lari ke Lombok kerana mengikut buah hati masing-masing.Katanya, pihaknya sedia membantu setakat yang termampu sekiranya ada ibu bapa atau penjaga gadis yang meminta bantuan.“Bagi menangani masalah ini, saya fikir satu kajian mendalam perlu dilakukan cerdik pandai dari kedua-dua negara serumpun ini kerana ia membabitkan pernikahan antara dua budaya.“Migrasi lelaki dari negara jiran terutama pemuda Lombok kini diibarat satu evolusi atau ‘cross cultural evolution’ yang menyebabkan percampuran budaya apabila penghijrah itu bercampur gaul dengan penduduk negara ini.“Memang benar mereka (pemuda Lombok) berhijrah ke negara ini untuk bekerja, tetapi tidak boleh dinafikan secara biologi mereka juga mempunyai naluri ingin mendampingi wanita.“Mungkin pilihan termudah yang ada bagi mereka ialah gadis naif di bawah umur. meruntun hati lebih-lebih di kPada masa sama gadis yang dipilih itu sangat bahagia apabila dilayan dengan pujuk rayu,” katanya apabila diminta mengulas kes membabitkan gadis negara ini yang lari meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih mereka ke pulau itu.Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya alangan ibu bapa gadis apabila mengetahui anak tersayang lari begitu jauh ke seberang.Tahun lalu, antara gadis yang terperangkap dalam keramat cinta pemuda Lombok dan kini bergelar isteri ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 14; Nur Liyana Abd Rahim, 19; Noor Fadilah Ahmad, 19; Sanisah Abu Bakar, 34; Nurul Wahida Hamzah, 21, dan Aishah Mokhtar, 28.Terbaru, seorang pelajar yang juga artis remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella turut cair dengan pujukan pemuda Lombok dan kini dilaporkan mengandung selepas berkahwin dengan lelaki yang membawanya ke pulau itu, Ogos lalu.Felo Penyelidikan Utama, Institut Tamadun Alam Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Mohamed, yang sempat mengadakan kajian di Lombok dipetik berkata, adat istiadat perkahwinan dalam budaya masyarakat Lombok agak pelik kerana bakal pengantin perlu dibawa lari.“Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa bagi masyarakat di pulau itu dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tindakan pemuda Lombok melarikan gadis yang mereka cintai adalah bagi menunjukkan sikap kelelakian dan keperkasaan mereka.“Bagaimanapun, gadis yang mereka larikan tidak akan `dirosakkan’. Minimum masa bakal pengantin perempuan dilarikan ialah tiga hari. Selepas itu, pemuda berkenaan perlu menghantar rombongan meminang pengantin perempuan,” katanya dalam satu laporan.Bagaimanapun, Pemangku Duta Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin, berkata jumlah wanita Malaysia yang dikesan di Lombok tidaklah seramai statistik didakwa Migrant Care itu.Enggan mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, pihak kedutaan memang ada menerima beberapa laporan kes wanita Malaysia berkahwin dan menetap di Lombok.



Sumber : My Metro 25 November 2009
Oleh Amir Abd Hamidamir@hmetro.com.my



Aku heran betul dengan remaja perempuan zaman sekarang yang mudah sangat termakan pujuk rayu lelaki Lombok tu...Bagi pendapat peribadi aku...Yang turut menyumbang dalam masalah ini adalah asuhan ibu bapa itu sendiri .Teringat lagi aku masa kecik2 dulu..mak aku selalu jer pesan..Jgn bercakap dengan lelaki tak dikenali..Jangan pandang mata lelaki yang tak dikenali...jangan layan kalau dia cakap nak bagi gula2..Klau ade orang yang tak dikenali ajak naik motor,kereta atau ajak ikut diorg mak aku pesan jangan ikut..Kecuali orang tu sedara terdekat aku...Masa kecik2 dulu aku tinggal dalam Kuarters yang turut menempatkan lelaki2 muda..Iaitu pusat pemulihan ketagihan dadah..Masa petang2,time bebudak lain main kat padang...Bapak aku tak kasi aku main kt padang...Aku dan adik-beradik yang lain disuruh menyangkul..Bercucuk tanam..Kalau diberi kebenaran bermain pun hanya sekejap ajer....Masa dah remaja pun..Bapak aku mesti akan siasat..Dengan siapa aku kawan..Lelaki ker..Perempuan pun..Kalau ade kawan2 perempuan yang dari jenis gedik...Confirm tak bagi aku bergaul dengan dorg....So...dapat mengelakkan kami adik-beradik dari terjebak dengan cinta terlarang...Baru2 ni adela 3-4Orang mamat indon berkampung kt rumah sebelah dengan rumah aku..Tiap kali aku balik jer dari kerja...Dorg pun apelagi...terus jer terpa keluar...nk menggatal ler namanya tu....So aku cpt2 masuk dalam rumah n tutup pintu..Lagi satu,masa mlm tu tido bacalah doa..Yelah dorgni biasa datang cni dengan ilmu2 yang pelik2...So agama pun kene tau la gk kn....So dpt elakkan diri dari org2 yg berniat tak baik.....Lagi satu..Remaja ni mudah terjebak sebabmasa umur ni baru blajar nk kenal cinta...Sumer aku tgok cantik2 belaka yang gi ikut jejaka lombok tu bt aper?Sajer nk punahkan masa depan...Last2 nnt kerajaan pulak nk bersusah payah ngabihkan duit untuk bawak balik dorg kalo menderita kt sana...Hah ..masa tu barula tau..langit tu tinggi atau rendah...Renung2kanlah yer....

No comments: