Sunday, November 8, 2009

Tarik balik peraturan untuk ringan beban rakyat: Mustapa

JELI: Langkah kerajaan menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menggunakan kenderaan lama, sekali gus tidak bercanggah dengan peraturan jalan raya yang dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keputusan itu dibuat kerana mengambil kira kepentingan rakyat, khasnya golongan yang perlu diberi pembelaan. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana alam peringkat jajahan Jeli di Kompleks Umno Bahagian di Bukit Nangka, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau juga merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Bumi Hijau kepada penternak ikan keli di kawasan Parlimen Jeli. Pada 28 Oktober, kementerian itu mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. - Bernama

Sumber : Berita Harian , 9 November 2009



Alhamdulillah...syukur kerajaan menarik balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan dan ini bertujuan meringankan beban rakyat yang masih menggunakan kenderaan lama . Ini bukti yang benar-benar kukuh bahawa slogan " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar perkataan.Kerajaan amat prihatin masalah rakyat kerana kebanyakkan orang yang menggunakan kenderaan lama ini terdiri dari kalangan individu yang tidak berkemampuan .Lagipun kebanyakkan kemalangan jalanraya dewasa ini jarang melibatkan kenderaan lama.Lama atau baru sesuatu kenderaan bukan menjadi faktor utama kemalangan berlaku sebaliknya sikap pengguna jalanraya sendiri yang menentukan tahap keselamatan pengguna jalanraya itu sendiri .

Aku harap janganlah kita asyik menyalahkan kerajaan dalam semua keadaan .Bukan senang untuk menjaga hati semua pihak .

No comments: