Sunday, November 8, 2009

'Hukuman kes dera lebih berat'


Shahrizat mahu syor pinda akta kepada Peguam Negara PUCHONG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia mendesak Peguam Negara supaya mengambil tindakan lebih tegas berhubung masalah penderaan kanak-kanak yang boleh menjejaskan imej Malaysia jika dibiarkan berterusan. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata tindakan lebih berat perlu dikenakan jika penderaan dilakukan ibu bapa sehingga membawa kecederaan parah dan kematian mangsa. "Kita pandang serius kes penderaan kanak-kanak kerana ia boleh menjejaskan imej dan nilai kita sebagai negara Islam. Mereka yang melakukan jenayah termasuk penderaan kanak-kanak perlu kena tindakan tegas.
"Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak teragak-agak menggesa Peguam Negara supaya mengambil tindakan segera berhubung laporan yang dibuat kerana tidak mahu masalah ini, termasuk yang dilakukan ibu bapa sendiri menjadi budaya di negara ini dan bahan bualan negara lain," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Taman Putra Perdana, di sini semalam. Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Ketua Pengarah JKM, Datuk Meme Zainal Rashid. Shahrizat berkata, saban tahun kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan semakin meningkat, seolah-olah perbuatan itu perkara biasa dan menjadi ikutan ramai.
"Pada 2007, sebanyak 2,279 kes penderaan dilaporkan dan meningkat kepada 2,780 pada 2008, manakala penderaan oleh ibu bapa dan penjaga meningkat, 992 kes pada 2007 kepada 1,266 pada 2008. "Ini menunjukkan penderaan kanak-kanak amat membimbangkan, sekali gus perlu tindakan tegas dan hukuman setimpal," katanya. Katanya, kementerian mahu kes dera kanak-kanak dibanteras sehingga paras sifar bersesuaian tema Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini, 'Keluarga Selamat Kanak-kanak Terpelihara'
.
Sumber : Berita Minggu , Ahad 8 November 09
Aku setuju sangat dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil ...Negara kita harus kenakan hukuman lebih tegas terhadap mereka yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak .Penderaan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang sangat zalim . Akhir-akhir ini ,selalu jer kita disajikan berita tentang penderaan kanak-kanak .Selain itu ,diharap kerajaan bukan sahaja mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan jenayah penderaan...Tindakan tegas juga harus dikenakan kepada individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi.Isu ini dilihat semakin serius...Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap individu yang melakukan jenayah membuang bayi terutama yang mengakibatkan kematian...Jika kerajaan sekadar mengenakan hukuman penjara , keadaan tersebut boleh menjejaskan ekonomi negara kerana kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memberi makan kepada mereka sewaktu menjalani hukuman penjara.Jika dibiarkan hidup pun ,ngabihkan boreh jer...

No comments: